BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar mana-mana pihak yang menuduhnya terlibat dengan rasuah untuk membuktikan tuduhan itu kerana ia merupakan satu tuduhan yang jahat.
“Orang cakap saya juga pernah terbabit rasuah, buktikan perkara itu. Saya terbuka dalam hal itu dan anda boleh geledah mana-mana jabatan untuk siasat perkara itu.
“Jangan cuba merendahkan saya dengan mengaitkan saya cuba lawan rasuah, tetapi kata saya pun terbabit rasuah. Itu satu dakwaan yang jahat,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penutup Program Kepimpinan Perusahaan Kecil dan Sederhana di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu juga menasihatkan bakal pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti supaya tidak tunduk kepada politik wang.
Memetik laporan BH, beliau berkata, pengundi seharusnya lebih bertanggungjawab terhadap negara ini dan tidak tunduk kepada paksaan pihak tertentu untuk memberi undi.
BERITA BERKAITAN Pertemuan Muhyiddin-Mahathir demi perkukuh perpaduan Melayu, tingkat sokongan PN
“Jangan buang undi sebab anda dapat duit (rasuah).
“Jika anda sayang negara ini, jangan jual negara kepada rasuah dan jangan babitkan diri dengan amalan rasuah,” katanya
Sementara itu, pada sesi soal jawab bersama peserta program, Dr Mahathir mendedahkan, kekalahannya di kerusi Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) juga disebabkan amalan rasuah.
Katanya, beliau bertanya kepada seorang pengundi di sana (Langkawi) yang juga rakannya, kenapa tidak mengundinya.
“Dia jawab saya tidak beri dia duit. Saya tanya lagi, berapa duit dia dapat, dia jawab RM100. Saya tanya dia, apa boleh buat dengan RM100 dan dia jawab duit itu boleh dibelanja untuk dua hari.
“Pada pilihan raya lalu, saya hilang lebih 14,000 undi hanya kerana rasuah. Sesiapa yang sayang dan ikhlas terhadap negara ini, mereka perlu memilih calon yang tepat untuk mewakili mereka.
“Undi pada calon yang baik, parti yang baik dan parti yang ingin buat benda baik dan bermakna buat negara,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah diadakan serentak pada 12 Ogos sebagai hari pengundian, dan penamaan calon pada 29 Julai.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

