Dewan Rakyat terima pemakluman kekosongan kerusi Parlimen Kuala Terengganu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DEWAN Rakyat telah pun menerima pemakluman berhubung kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu berkuat kuasa kelmarin.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau telah menerima pemakluman tersebut menerusi surat bertarikh 13 Julai daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Menurut Johari, perkara tersebut selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan susulan keputusan mahkamah membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Beliau berkata, ia berikutan penyandang kerusi tersebut, Datuk Ahmad Amzad Hashim tidak mengemukakan rayuan yang berakhir 11 Julai lalu.

“Ini selaras dengan Seksyen 36A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kepada pihak Mahkamah Persekutuan susulan daripada keputusan Hakim Pilihan Raya pada 27 Jun yang mengisytiharkan pilihan raya umum bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada 19 November adalah terbatal.

“Sehubungan itu, pihak SPR akan mengadakan satu pilihan raya bagi mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: SPR bincang tarikh PRK Kuala Terengganu Selasa depan

Petisyen pilihan raya difailkan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen itu, Mohd Zubir Embong pada 3 Jan lalu dan berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15.

Pada PRU15 lalu, Ahmad Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan memperoleh majoriti 40,907 undi selepas menewaskan tiga pencabar lain termasuk Mohd Zubir.

Semalam, SPR turut memaklumkan akan mengadakan satu mesyuarat khas, Selasa depan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia selepas pihaknya menerima Laporan Hakim Pilihan Raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkenaan keputusan mahkamah membatalkan pilihan raya bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kuala Terengganu pada 19 Nov lepas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This