SERAMAI 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikategorikan sebagai miskin tegar akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) berjumlah RM600, hari ini.
Ia seperti mana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa ucaptama Majlis Libat Urus Belanjawan 2024, baru-baru ini.
Astro Awani melaporkan, pemberian bantuan itu dilaksanakan sebagai langkah awal merealisasikan naratif ekonomi Madani sebelum pembentangan Belanjawan 2024.
Kerajaan memperuntukkan RM130 juta di bawah inisiatif Payung Rahmah untuk membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya kumpulan miskin tegar mendepani cabaran kos sara hidup.
Baca artikel lain: Peruntukan RM7.7 juta, terangi jalan-jalan gelap di Felda
Kerajaan berharap dengan jumlah RM600 itu ia boleh digunakan bagi mendapatkan keperluan barangan makanan asas.
Jika pelaksanaan SARa di Semenanjung Malaysia dibuat bermula hari ini, penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula akan mendapat wang masing-masing bermula 7 Ogos ini.
Sebarang semakan status kelayakan SARa boleh didapati di portal rasmi STR, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

