ISU vape memberi kesan buruk kepada pengguna terus menjadi perhatian. Jika dulu, vape pernah diharamkan kerana penyalahgunaannya apabila cecair nikotin dicampurkan dengan dadah seperti ganja, kini masalah itu kembali lagi.
Terbaru, polis menahan tiga beranak iaitu bapa, anak dan menantunya kerana disyaki mencampurkan jus ganja dalam botol cecair vape sebelum diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam ingin mencuba ‘perisa istimewa’ tersebut di sekitar Segamat.
Suspek lelaki tempatan berusia 49 tahun, lelaki bersama isterinya, keduanya berusia 24 tahun ditahan Sabtu lepas oleh polis yang trut merampas 58 botol cecair vape dipercayai campuran jus ganja dan turut menemui serbuk methamphetamine dengan nilai keseluruhan, RM11,840.
Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat menahan suspek pasangan suami isteri itu di kediaman mereka di kawasan sekitar Paya Pulai Segamat, kira-kira jam 5 petang.
“Melalui pemeriksaan di kediaman pasangan suspek, polis menemui satu plastik lut sinar disyaki serbuk methamphetamine anggaran seberat 0.80 gram bernilai RM180 dan 28 botol cecair vape bercampur cecair ganja bernilai RM5,600 mengandungi diantara 10 mililiter (ml) sehingga 70 ml bernilai RM5,600.
“Hari sama pasangan suspek kemudian membawa polis ke sebuah kediaman di Buloh Kasap sehingga membawa kepada penangkapan lelaki berusia 49 tahun juga bapa juga mertua, kira-kira jam 9.45 malam,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Beliau berkata demikian pada sidang media di IPD Segamat, Segamat hari ini, yang turut dihadiri timbalannya, Deputi Superintendan Ng Swie Chait.
Johor telah mengharamkan dan tidak membenarkan sebarang penjualan cecair dan peranti vape oleh mana-mana premis di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ia telah digazetkan sebagai kesalahan di negeri ini.
Ahmad Zamry berkata, dalam serbuan kedua didalam kediaman tersebut polis turut menemui cecair vape campuran bahan disyaki ganja.
BERITA BERKAITAN Vape bukan alternatif berhenti rokok, sebabkan radang paru-paru dan penyakit EVALI – KKM
“Pemeriksaan lanjut di kediaman itu polis menemui 31 botol cecair vape bercampur cecair jus ganja dengan berat kasar tiap botol diantara 10sehingga 190 ml anggaran nilai RM6, 240” katanya.
Ahmad Zamry berkata, hasil risikan awal pihaknya mendapati kesemua suspek aktif sejak beberapa bulan lalu dengan mengedar cecair vape campuran jus ganja untuk pasaran tempatan.
“Siasatan kita, suspek mengolah cairan vape campuran jus ganja itu hasil idea gabungan kreaviti bapa, anak dan menantu perempuan dan cubaaan mengedarnya di pusat hiburan atau kepada individu lain mengikut ketagihan permintaan.
“Suspek menyuntik cecair jus dadah ganja ke dalam botol cecair vape sebelum ditutup semula dan difahamkan sebotol cecair vape dicampur cecair ganja ini berharga lebih RM240.
“Manakala bagi pembeli yang kurang berkamampuan ditawarkan pelan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja,” katanya.
Ahmad Zamry berkata, suspek direman empat hari mulai 16 Julai lalu bagi siasatan mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
“Ujian air kencing mendapati suspek lelaki 24 posititif meth, selain rekod jenayah lampau berkaitan curi,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

