Tun M dakwa larangan perbincangan isu 3R menidakkan kebebasan bersuara

Dari Penulis

TUN Dr Mahatir Mohamad mendakwa tindakan menghalang perbincangan menyentuh isu berkait 3R (agama, kaum dan raja) sebagai menidakkan kebebasan bersuara di negara ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika perkara tersebut hendak dijadikan sebagai satu jenayah, ia perlu perbahasan dan kelulusan oleh Dewan Rakyat, Dewan Negara dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong atau diluluskan selepas dua bulan.

“Ia amat serius. Jika ini tidak dilakukan, kerajaan mungkin didakwa kerana melakukan sesuatu yang tidak mengikut undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook miliknya, hari ini.

Dalam kenyataan sama, Dr Mahathir mempertikaikan mengapa perbincangan mengenai pelbagai kaum dibolehkan tetapi sebaliknya tidak boleh dilakukan jika perbincangan mengenai orang Melayu.

Mengenai isu agama, katanya, rakyat dibenarkan bercakap berkenaan “secularism” yang bermakna tidak boleh ada agama rasmi.

“Ini bermakna kita bercakap berkenaan agama rasmi. Kenapa menolak agama rasmi boleh disentuh tetapi mengekal agama rasmi tidak boleh disentuh?.” soalnya.

“Akhir sekali soal institusi raja. Raja seperti rakyat, tertakluk kepada undang-undang. Sebuah mahkamah diadakan untuk raja. Bermakna jika raja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang, tindakan boleh diambil.

“Perundangan ini diadakan kerana kes tertentu. Jikalau kes-kes yang sama berlaku atau kes yang lebih buruk berlaku dan dakwaan tidak boleh dibuat, maka raja akan jadi raja yang berkuasa mutlak.

“Sebaliknya Perlembagaan menjadikan raja kita sebagai Raja Berperlembagaan. Apakah kita sudah gugur sistem raja berperlembagaan kepada raja berkuasa mutlak,” soalnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gelaran ‘Tan Sri’ kepada Isa Samad ditarik balik

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran 'Tan...

More Articles Like This