PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan sebahagian dokumen perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) menerusi hantaran di media sosial beliau hari ini.
Menurut Anwar, dokumen itu terkait dengan Jaminan Kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang telah beliau tandatangani sebelum ini.
Anwar turut mendesak Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepadanya sebelum ini.

“Saya kemukakan sebahagian dokumen perjanjian FSRA terkait Jaminan Kerajaan kepada FELDA yang telah saya tandatangani.
“Justeru itu, saya mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepada saya,” katanya.
Baca juga: Lawatan Anwar berpotensi perluas kerjasama Vietnam-Malaysia – Duta Malaysia
Terdahulu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri menuntut Anwar membuat permohonan maaf tanpa syarat dan terbuka secara bertulis kepada beliau.
Hal itu susulan kenyataan Anwar yang mendakwa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah dilupuskan di bawah pentadbiran Muhyiddin.
Tuntutan itu dikemukakan dalam surat bertarikh 18 Julai menerusi firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

