Mahathir bidas Anwar isu ugutan dedah kertas siasatan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TUN Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan kertas siasatan polis berkenaan menteri-menteri UMNO yang lama adalah satu bentuk ugutan.

Dr Mahathir yang dua kali menggalas tugas sebagai Perdana Menteri berkata, tindakan itu juga seolah-olah menunjukkan Anwar menyalahgunakan kuasa.

Beliau malah turut menggesa Anwar untuk mendedahkan semua kertas siasatan tanpa ‘memilih bulu’.

“Kalau hendak dedah, dedah semualah. Dedah berkenaan menteri sekarang pun. Saya tahu ada kertas siasatan terhadap Anwar sendiri, walaupun saya tidak lihat. Polis bagi tahu saya semasa saya Perdana Menteri.

“Undang-undang dibuat untuk semua orang, bukan untuk parti lawan sahaja. Apakah ugutan dan tindakan seperti ini diizin oleh demokrasi?”, katanya dalam kenyataan menerusi media sosial beliau hari ini.

Baca juga: Pertemuan Muhyiddin-Mahathir demi perkukuh perpaduan Melayu, tingkat sokongan PN

Dalam pada itu, semua hantaran Dr Mahathir di akaun Facebook rasmi beliau gagal diakses sejak petang tadi.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, ramai orang kenamaan Melayu berada dalam ketakutan ketika ini.

Katanya, hal itu kerana mereka melihat prestasi kerajaan ketika ini tidak memberangsangkan.

Begitupun, menurut Dr Mahathir, ramai enggan menyertai gerakan yang memiliki pendapat yang senada dengan mereka kerana takut dikenakan tindakan oleh kerajaan.

“Ada yang takut orang tertentu akan lapor kepada polis dan polis akan adakan siasatan. Polis akan soal mereka, akan saman mereka untuk disoal.

“Ada ugutan untuk hantar kereta polis ke hadapan rumah mereka.

“Ada yang takut mereka dimasuk ke dalam tahanan polis.

“Tidak ada caj tetapi jika masuk dalam tahanan walaupun hanya beberapa hari sahaja tekanan jiwa amat teruk,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This