“Sanusi baru didakwa, belum didapati bersalah,” Ahmad Fadhli bidas Saifuddin

Dari Penulis

SEORANG pemimpin Perikatan Nasional (PN) membidas Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas mengesyorkan gelaran Laksamana Pertama (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diberikan kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilucutkan.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Setiausaha Agung PKR itu sewajarnya tidak membuat kecoh dengan mendesak Menteri Besar Kedah itu dilucutkan pangkat kehormatnya sedangkan Sanusi belum didapati bersalah.

“Kecoh benar dia suruh lucut pangkat kehormat,” katanya di Facebook.

Ahmad Fadhli dalam pada itu meminta Saifuddin Nasution membandingkan kes dihadapi Muhammad Sanusi dengan seorang anggota jemaah menteri Kerajaan Perpaduan.

Sindir beliau, pemimpin itu bukan sahaja sudah  didakwa dengan 47 kes di mahkamah dan diperintah membela diri, malah anggota Kabinet tersebut diberikan jawatan nombor dua tertinggi dalam kerajaan.

“Orang ini (Muhammad Sanusi) baru didakwa di mahkamah, belum pun diperintah bela diri, jauh lagi didapati bersalah.

“Yang seorang lagi sudah didakwa 47 kes, sudah diminta bela diri, molek2 je kau bagi dia jawatan, no dua paling tinggi pulak tu..

“Ish ish tatakelaut!,” tambahnya.

Media hari ini melaporkan Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri mengesyorkan gelaran Laksamana Pertama (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diberikan kepada Muhammad Sanusi Md Nor dilucutkan.

Hal itu kerana Muhammad Sanusi didakwa mengina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This