NAMA Nurul Izzah Anwar disebut-sebut bakal dicalonkan bertanding bagi merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Pilihan raya diadakan selepas kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya negeri selepas pihak pempetisyen berjaya membuktikan wujud unsur rasuah ketika kempen.
Pada pilihan raya umum lalu, Ahmad Amzad berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Terengganu yang dimenangi dengan majoriti 40,907 undi.
Pengarah Pilihan Raya PKR negeri, Ahmad Sabri Ali mengakui, timbul spekulasi mengenai Nurul Izzah akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu.
Katanya, spekulasi itu timbul dan menjadi perbualan pengundi di Parlimen Kuala Terengganu selepas seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) mencadangkan nama Nurul Izzah untuk bertanding.
Baca artikel lain: Festival Good Vibes 2023 dibatalkan serta-merta – Fahmi
“Pemimpin BN itu mencadangkan nama Nurul Izzah sebagai calon BN Kuala Terengganu ketika minum selepas program parti Rabu lalu.
“Kita sudah bertanyakan isu Nurul Izzah kepada pimpinan tertinggi Keadilan semalam dan mereka mengatakan spekulasi yang disebarkan melalui pelbagai laman sosial sebagai gurauan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Ahmad Sabri menjelaskan, adalah tidak masuk akal dakwaan mengatakan Nurul Izzah akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu.
“Setakat ini Badan Pimpinan Keadilan negeri belum menerima sebarang maklumat, tetapi sentiasa bersiap siaga bersama jentera pilihan raya daripada BN jika dakwaan itu betul,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

