DAP umum 19 calon PRN P. Pinang, Timbalan KM P. Ramasamy digugurkan

Dari Penulis

DAP hari ini mengumumkan 19 calon termasuk tujuh muka baru yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang bulan depan, dengan Timbalan Ketua Menteri Prof Dr P. Ramasamy tidak tersenarai.

Ramasamy yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Keputusan itu sekali gus bakal menamatkan khidmatnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai selama tiga penggal, selepas mula menyandang kerusi itu sejak 2008 pada PRU12.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang membuat pengumuman itu memaklumkan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Pengerusi DAP Lim Guan Eng akan mempertahankan kerusi masing-masing iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota dan Air Putih.

Turut akan mempertahankan kerusi masing-masing adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam kerajaan sebelum ini iaitu Zairil Khir Johari (Tanjung Bunga) dan Jagdeep Singh Deo (Datok Keramat).

Muka baharu yang diumumkan Loke adalah  Phee Syn Tze untuk DUN Sungai Puyu, Chee Yeeh Keen (Bagan Jermal), Kumaran Krishnan (Bagan Dalam), Sundarajoo Somu (Perai), Wing Yuee Harng (Pengkalan Kota), Woo Sze Zeng (Pulau Tikus) dan Tan Hooi Peng (Seri Delima).

Selain Ramasamy, antara yang turut digugurkan adalah Ketua Wanita DAP Chong Eng.

BERITA BERKAITAN DAP tanding 15 kerusi di Selangor, beri laluan kepada BN DUN Dusun Tua 

Sementara itu, penyandang Pengkalan Kota Gooi Zi Sen dan penyandang Bukit Bendera Wong Hon Wai masing-masing dicalonkan semula untuk kerusi DUN Padang Lalang dan Paya Terubong.

“Saya menyeru jentera parti untuk bersatu supaya ada kekuatan untuk berhadapan dengan sebarang cabaran serta mengekalkan 19 kerusi sebagai KPI (petunjuk prestasi utama) kita pada PRN akan datang.

“Misi kita adalah untuk mengekalkan sekurang-kurangnya Kerajaan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, dan sekiranya boleh, tambah satu atau dua lagi kerajaan negeri,” kata Loke dalam ucapannya.

Katanya, jika misi ini dapat dicapai, beliau yakin negara akan menjadi semakin stabil di bawah Kerajaan Perpaduan dan sekali gus menjadikan Pulau Pinang terus maju ke hadapan.

Selain calon bagi Pulau Pinang, Loke turut mengumumkan dua calon DAP yang akan bertanding bagi PRN Kedah iaitu Teh Swee Leong bagi kerusi DUN Kota Darulaman dan Tan Kok Yew (Derga).

PRN membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan ditetapkan pada 12 Ogos dengan hari penamaan calon Sabtu ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bersatu dukacita dengan Pas tetapi tetap kekal dalam PN

BERSATU melahirkan rasa dukacita dengan Pas yang mengumumkan memberhentikan kerjasama politik dengan parti itu. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin...

More Articles Like This