PRN Sabah: AirAsia tawar tambang tetap RM299 sehala

Dari Penulis

AIRASIA menawarkan promosi tambang tetap selama tiga hari untuk penduduk Sabah di Semenanjung pulang menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 29 November ini.

Menurut AirAsia, ia bagi penerbangan dari destinasi domestik utama ke Sabah antara 26 hingga 28 November dengan lebih daripada 4,300 tempat duduk merangkumi lapan laluan dan 24 penerbangan.

“Terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau atau Labuan; atau dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu dan Tawau, serta dari Kota Bharu dan Pulau Pinang ke Kota Kinabalu pada harga RM299 sehala termasuk semua caj.

“Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan syarikat penerbangan untuk menghubungkan komuniti dan menyokong rakyat Malaysia pada hari bermakna khususnya di Sabah yang merupakan salah satu pasaran domestik terpenting bagi AirAsia,” jelasnya dalam kenyataan.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan, AirAsia memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesalinghubungan ke negeri tersebut ke seluruh negara dan destinasi antarabangsa melalui tambang mampu milik, termasuk inisiatif tambang tetap musim perayaan dan FLYsiswa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata,p ilihan raya merupakan hari yang menyatukan masyarakat untuk membentuk masa depan.

Untuk itu jelasnya, inisiatif berkenaan adalah cara AirAsia menawarkan perjalanan mampu milik bagi rakyat untuk pulang dan mengambil bahagian.

“Sabah sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam rangkaian kami dan inilah salah satu cara kami terus meraikan kembali kepada negeri ini terutama kepada rakyat dan negara,” katanya.

Penerbangan promosi ini boleh ditempah bermula hari ini hingga 26 Oktober melalui airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This