POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas dadah bernilai RM7.94 juta dalam tujuh siri serbuan di sekitar Seri Kembangan, Kota Damansara, Putra Height, Jinjang dan Rawang pada 17 hingga 21 Julai lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan tersebut melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Subang Jaya.

Menurut Hussein, pihaknya berjaya menahan 16 suspek berusia 18 hingga 61 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah tersebut.
Jelas beliau, antara dadah yang dirampas adalah pil eramin 5 (42.86 kilogram), ketamin (42.28 kg), mehtamphetamine (37.57 kg) dan kafein (26.85 kg).

“Selain itu, turut dirampas adalah heroin base (26.77 kg), heroin (1.32 kg) dan ganja (109 gram).

“Polis turut merampas sepucuk pistol jenis revolver dan peralatan serta bahan-bahan kimia yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.


Baca juga: Polis buru seorang lelaki hentak kereta guna helmet
Mengulas lanjut, Hussein berkata, saringan awal polis terhadap suspek mendapat dua daripada mereka positif dadah jenis THC.
Katanya, semakan rekod jenayah pula mendapati tujuh daripada suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah seperti Seksyen 411 Kanun Keseksaan (KK) serta Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
“Tindakan juga diambil mengikut ADB (Pelucutan Harta) 1988 yang mana JSJN setakat ini telah menyita aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM1.247 juta.
“Antara yang disita adalah 12 kenderaan seperti dua kereta jenis BMW, sebuah Toyota Alphard, sebuah Toyota Corolloa, sebuah Volkswagen dan sebuah Honda Civic.
“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM9.19 juta,” katanya.
Hussein menambah, operasi tersebut berjaya menumpaskan satu sindiket pemprosesan dan tiga sindiket pengedaran dadah bagi pasaran tempata terutama di Lembah Klang.
Katanya, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu boleh digunakan seramai 2.82 juta penagih dadah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

