Ekonomi MADANI kerangka utama ekonomi, rakyat bergerak ke arah lebih baik

Dari Penulis

EKONOMI MADANI yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kerangka utama untuk Malaysia bergerak ke arah ekonomi negara dan rakyat yang lebih baik.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata dalam mencapai sasaran Ekonomi MADANI, tujuh misi utama telah diumumkan Anwar.

Tujuh penanda aras utama sebagai sasaran jangka masa sederhana yang diumumkan adalah Malaysia berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia; Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia dan peratusan pendapatan buruh mencapai 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan.

Selain itu, kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60 peratus; Indeks Pembangunan Manusia di tangga 25 teratas dunia; Indeks Persepsi Rasuah di tangga 25 teratas dunia dan kemampanan fiskal dengan defisit fiskal mencapai tiga peratus atau lebih rendah.

“Kerajaan Perpaduan ingin membawa Malaysia ke arah yang lebih baik terutamanya dalam tujuh aspek ini,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Baca artikel lain: Kes buli TUDM: Kementerian masih tunggu laporan lengkap

Fahmi menjelaskan Ekonomi MADANI bukan untuk jangka masa pendek semata, tetapi akan menjadi rujukan untuk pelan ekonomi jangka sederhana dan panjang.

“Akhirnya, melalui pelaksanaan Ekonomi MADANI, pembangunan Malaysia akan beralih ke arah memperkasa rakyat,” katanya.

Ekonomi MADANI, kerangka ekonomi yang diumumkan Anwar hari ini bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia, akan membawa limpahan hasil bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih berkualiti.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pengumuman ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ adalah satu rencana menyeluruh bagi Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dan isu-isu berkaitan daya saing dan tarikan negara sebagai destinasi pelaburan serta menggariskan tindakan bagi menangani isu-isu semasa yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This