PRN: Sanusi pertahan DUN Jeneri, bakal dicabar calon BN

Dari Penulis

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan terus mempertahankan kerusinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Pengumuman Calon PN Kedah di Kompleks Pas Keda, malam ini.

Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) bakal berdepan pencabar utamanya daripada Barisan Nasional (BN) iaitu Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.

PN sebelum ini telah sebulat suara menamakan Muhammad Sanusi sebagai calon Menteri Besar Kedah sekiranya parti itu berjaya mengekalkan kuasanya di Kedah.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Muhammad Sanusi menang kerusi DUN Jeneri dengan majoriti sebanyak 2,455 undi.

Beliau menewaskan pesaingnya ketika itu, Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PH-PPBM).

Nama Muhammad Sanusi baru-baru ini kerap menjadi kontroversi selepas dikatakan begitu lantang bersuara mengkritik kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Malah beliau juga berdepan tuduhan di mahkamah mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan, mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam ceramah politik, pada awal bulan lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This