Warga emas maut terperosok bawah lori diparkir tepi jalan

Dari Penulis

SEORANG warga emas maut dalam kemalangan tiga buah kenderaan di sebuah stesen minyak dekat Yong Peng, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Johor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan pada pukul 9.09 malam.

Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan dua buah motosikal dengan sebuah lori yang sedang parkir di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, penunggang motosikal seorang lelaki berusia 64 tahun telah terperangkap di bawah lori dan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung.

Katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

“Sementara penunggang motosikal Yamaha Y15 yang mengalami kecederaan telah dihantar ke klinik oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This