Wujud panduan beri bantuan semasa pilihan raya – Tuan Ibrahim

Dari Penulis

SATU panduan khusus berhubung pemberian bantuan semasa pilihan raya perlu diwujudkan kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, panduan itu penting agar semua pihak mengetahui bentuk bantuan apa yang dibenarkan oleh setiap parti politik.

“Saya bukan nak pertikai kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi kita perlu satu panduan yang mana boleh dan mana tak boleh.

“Tak nak sekejap kata boleh…bila pembangkang sediakan bas pun tak boleh,” katanya menurut Free Malaysia Today.

Beliau ditemui media selepas menghadiri ceramah kelompok Perikatan Nasional (PN) di Paroi, malam tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyifatkan geran RM350,000 diumumkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada belia Terengganu sebagai pemberian dari pemerintah dan tiada unsur rasuah.

Sumbangan diumum timbalan perdana menteri itu membabitkan RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan RM250,000 Majlis Belia Malaysia (MBM) Terengganu yang dipersoalkan pelbagai pihak kerana dibuat menjelang PRN enam negeri.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim mengingatkan SPRM bertindak secara bebas.

Katanya, badan itu perlu bebas agar rakyat tidak hilang kepercayaan kepada institusi seperti SPRM.

“Sebab itu (kenyataan berkaitan Zahid) orang pertikai. Saya bukan nak pertikai kenyataan SPRM. Dalam keputusan pilihan raya Kuala Terengganu, benda macam ini dianggap salah oleh mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim menafikan Gerakan menunggang jentera Pas di Pulau Pinang.

“Kita bertanding atas tiket PN dan bukan parti-parti. Ada tempat kuat kita bantu orang lain…tempat lemah orang bantu kita. Yang penting satu pasukan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This