24 NGO kecam parti ‘sogok’ pengundi, ulangi desakan SPRM diletak di bawah Parlimen

Dari Penulis

SEBANYAK 24 pertubuhan bukan kerajaan mengecam sebarang tindakan bersifat manipulatif dan berunsur sogokan oleh mana-mana parti politik terhadap para pengundi dalam tempoh kempen sempena Pilihanraya Negeri (PRN) kali ini.

RASUAH Busters dan 23 rakan gabungannya dalam satu kenyataan hari ini menyatakan tindakan tersebut bukan sahaja melanggar peraturan pilihan raya, bahkan ia mampu menggugat prinsip demokrasi yang dijunjung negara ini.

“Ahli-ahli politik harus bertanggungjawab untuk mematuhi peraturan berkempen dan siasatan yang telus dan terperinci hendaklah dibuat ke atas mana-mana pihak yang menyalahi mana-mana peruntukkan yang termaktub di dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan/atau mana-mana perundangan di Malaysia,” kata gabungan itu.

Mereka berkata, dinamik politik negara membuktikan bahawa badan siasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus bebas menjalankan fungsinya tanpa sebarang pengaruh eksekutif demi memastikan keadilan kepada semua pihak.

“Untuk itu, #RasuahBusters dan gabungannya mengulangi agar reformasi institusi dilaksanakan segera untuk meletakkan SPRM di bawah Parlimen,” kata gabungan itu dalam kenyataan tersebut.

Mereka berkata, ahli-ahli politik diseru untuk bersaing dengan sihat, serta tidak meletakkan kepentingan politik dan kemenangan parti sebagai keutamaan dengan menawarkan janji dan laba yang merosakkan kredibiliti kepimpinan mereka.

“Sebaliknya, setiap parti dan calon harus kekal fokus kepada menyelesaikan masalah sosio ekonomi jangka panjang yang terpaksa dihadapi oleh rakyat pada waktu ini,” tambah mereka.

Gabungan berharap para pengundi diharap menjalankan amanah untuk turun mengundi serta membuat pemilihan dengan adil, kritis dan waspada dalam menentukan hala tuju negeri sempena PIlihan Raya Negeri yang akan berlangsung pada 12 Ogos 2023 ini.

Kenyataan media tersebut dikeluarkan bersama oleh:-

  1. 1. #RasuahBusters
  2. 2. Transparency International Malaysia (TI-M)
  3. 3. Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)
  4. 4. Center to Combat Corruption and Cronyism (C4)
  5. 5. BERSIH
  6. 6. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  7. 7. Gabungan Perikatan Gabungan NGO Islam Malaysia (ACCIN)
  8. 8. PATRIOT
  9. 9. UNDI 18
    10.Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)
    11.Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)
    12.Majlis Belia Malaysia (MBM)
    13.Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
    14.Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM)
    15.Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    16.Malaysia Community Care Foundation (MCCF)
    17.Philandure
    18.Pertubuhan Permuafakatan Teman Sejati Gombak
    19.Koperasi Majlis Ekonomi Halal Selangor Berhad (MEHKOP)
    20.Asean Rohingya Center (ARC)
    21.Global Humanitarian Initiative
    22.Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA)
    23.Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA)
    24.Universal Peace of Malaysia (UPF)

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tersesat ikut aplikasi navigasi masuk kawasan pembinaan, lima cedera kereta terjunam jatuh gaung

LIMA individu warga China dilaporkan cedera selepas kereta dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di sebuah tapak projek pembinaan...

More Articles Like This