Polis buka kertas siasatan dakwaan ucapan berbaur politik Fahmi di masjid

Dari Penulis

SATU kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan ucapan berbaur politik oleh Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menerima rakaman ucapan Fahmi di masjid berkenaan dan ianya akan diteliti sebelum diberi maklumat lanjut.

“Ucapan Yang Berhormat Fahmi di lokasi kejadian telah diterima dan akan diteliti sepenuhnya.

“Polis akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis perbarisan ulang tahun ketujuh polis bantuan Sime Darby Property Berhad (SDPB) di padang kawad Universiti Putra Malaysia (UPM).

Baca artikel lain: Pemakaian pelitup muka tidak lagi wajib di masjid, surau di Perlis

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan SDPB, Datuk Azmir Merican; Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikaladevi; Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat UPM, Prof Dr Hang Tuah Baharudin serta Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia, Mohd Razali Abd Aziz.

Sementara itu, mengulas berhubung proses berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Hussein berkata, sebanyak 16 laporan polis telah terima setakat ini.

Daripada jumlah tersebut menurut beliau, tujuh kertas siasatan telah dibuka kerana melibatkan perbuatan khianat seperti mengoyak poster calon bertanding dan merosakkan bendera.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This