Polis tangkap tiga penganggur curi motosikal sekitar Ampang

Dari Penulis

TIGA penganggur ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri motosikal milik seorang penghantar makanan di kaki lima rumah pangsa dekat Jalan Pandan Indah 3/, Ampang Jaya pada 25 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengadu berusia 23 tahun itu telah meletak motosikal Yamaha 125z milikinya dalam keadaan baik pada pukul 4 petang.

Beliau berkata, bapa pengadu kemudian memaklumkan motosikal mangsa telah tiada dan disyaki dicuri orang pada pukul 5 pagi.

“Seorang lelaki Myanmar dan dua lelaki Melayu masing-masing berusia 26 hingga 35 tahun ditahan di sekitar Seremban, Rawang dan Cheras pada semalam dan kelmarin.

“Semakan mendapati suspek ketiga mempunyai lima rekod lampau babit dadah dan satu rekod dikehendaki polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Azam berkata, ketiga-tiga suspek dipercayai aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi motosikal di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur.

Katanya, turut dirampas tiga buah motosikal yang dilaporkan hilang, komponen motosikal, lima utas jam tangan, sebuah bekas mengandungi alat perhiasan, set penutup motosikal dan tiga telefon bimbit.

Suspek kini direman selama empat hari sehingga Sabtu dan Kes disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MARA perluas warden bekas tentera ke semua MRSM – Asyraf Wajdi

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan pengambilan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua 58 Maktab...

More Articles Like This