Dominic tak kecil hati, anggap kejadian biasa

Dari Penulis

PRESIDEN Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai tidak berkecil hati dengan kejadian beliau ‘dihalau’ daripada menghadiri Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Best yang tular, Selasa lalu.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Dominic yang juga Pengerusi PN Pulau Pinang turut menganggap kejadian itu sebagai perkara biasa dalam politik.

Malah, beliau juga menyatakan tidak terlalu mengambil serius isu tersebut.

“Tak ada lah (kecil hati). Bagi saya kejadian itu adalah perkara kedua, yang penting adalah bagaimana nak dapatkan keyakinan rakyat untuk membolehkan PN menang.

“Jika ada yang kata kejadian tersebut menunjukkan hubungan parti komponen PN tidak baik, itu tidak benar.

“Bagi saya, masing-masing tahu peranan mereka iaitu memastikan kemenangan berpihak kepada PN, bukan saja di Pulau Pinang malah keenam-enam negeri yang menghadapi pilihan raya negeri (PRN),” katanya.

Mengulas lanjut, Dominic memberitahu kejadian tersebut juga tidak menjejaskan reputasinya sebagai Presiden Gerakan dan Pengerusi PN Pulau Pinang.

“Tidak (jejas reputasi). Saya serahkan kepada mereka untuk membuat sebarang andaian. Bagi saya, semua calon yang bertanding perlu berdepan dengan pelbagai cabaran demi untuk mendapatkan mandat rakyat.

Baca artikel berkaitan: Pas boikot penamaan calon Dominic di Bayan Lepas?

“Dalam politik, apa pun boleh berlaku tetapi itu dianggap biasa apabila kita berpolitik. Saya tidak merasakan apa-apa (dalam kejadian pada malam itu),” jelasnya.

Sementara itu, calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas itu berkata tidak kisah jika tidak dijemput ke mana-mana program anjuran Pas.

Katanya, ini kerana ia merupakan inisiatif parti komponen masing-masing untuk menganjurkan sesebuah program kempen.

“Gerakan tiada masalah jika tidak dijemput ke mana-mana program anjuran parti komponen termasuk Pas kerana kita faham, penganjuran program kadang-kadang dibuat mengikut kawasan

“Seperti Ceramah PN Best baru-baru ini, memang calon Bersatu ada di situ tetapi mereka semua adalah calon yang bertanding di kawasan Seberang Perai Utara. Jadi kita faham. Bagi saya, tiada masalah (tidak dijemput),” katanya lagi.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan Dominic tidak dibenarkan menyertai Ceramah Mega PN Besar di Sungai Dua.

Ceramah tersebut menampilkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.

Semasa menunggu ketibaan Abdul Hadi, Dominic telah disambut Idris, namun Setiausaha Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim kemudian ‘menghalang’ Dominic daripada menyertai ceramah tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This