Isu pencalonan Dominic Lau, PAS P.Pinang akan bincang dengan ahli parti

Dari Penulis

PAS Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan ahli parti itu berhubung isu pencalonan Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Pesuruhjaya PAS negeri Muhammad Fauzi Yusoff berkata ia bagi menerangkan keadaan supaya permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.

“Kita sentiasa cuba tangani masalah ini…jentera PAS akan akur dan turun padang membantu kempen (Lau). Ini arahan daripada pucuk pimpinan PAS, kita akan berikan sokongan kepada semua calon-calon yang dikemukakan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Baca artikel lain: Menghadap Sultan Kedah bersama ahli perniagaan Indonesia tidak bincang soal REE – Anwar

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini meminta ahli dan penyokong parti itu untuk menerima pemilihan Lau sebagai calon DUN Bayan Lepas yang merupakan kerusi majoriti Melayu dengan hati terbuka.

Takiyuddin berkata keputusan mengenai pemilihan Lau dibuat dengan persetujuan kepimpinan tertinggi parti setelah melalui semua proses dan melepasi syarat yang ditetapkan.

Lau yang mewakili Perikatan Nasional (PN) berdepan penyandang kerusi DUN berkenaan Azrul Mahathir Aziz daripada Pakatan Harapan (PH) pada PRN Pulau Pinang, 12 Ogos ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hakim tak sihat, keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai

KEPUTUSAN rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung empat pertuduhan kes pecah...

More Articles Like This