Tawaran ‘Selangor Baharu, Kita Bangkit’ realistik – Azmin

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) yakin mampu merealisasikan tawaran Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin bernilai lebih RM2 bilion untuk Selangor sekiranya diberi mandat pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, pakej ransangan bertemakan ‘Selangor Baharu, Kita Bangkit’ itu realistik dan boleh dilaksanakan berdasarkan rekod cemerlang ketika beliau menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau yang pernah menjadi Menteri Besar dari tahun 2014 hingga 2018 berkata, ketika membentangkan Belanjawan Selangor pada tahun 2017, Dewan Undangan Negeri (DUN) dimaklumkan bahawa kutipan hasil adalah berjumlah RM2.6 bilion.

Maknanya, jelas calon DUN Hulu Kelang itu, negeri Selangor memiliki kutipan pendapatan besar yang boleh digunakan untuk manfaat serta kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.

“Alhamdulillah PN sudah melancarkan pakej ransangan ekonomi bernilai RM2 bilion dan beberapa inisiatif lain yang non fiskal yang akan kita teliti dari semasa ke semasa.

“Namun persoalan yang berbangkit apakah kita berkeupayaan untuk laksanakan pakej ransangan ini, jawaban saya ya.

“Pakej ransangan dan tawaran yang telah kita kemukakan ini adalah realistik dan boleh dilaksanakan berdasarkan rekod dan prestasi cemerlang ketika kita berada di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Pengerusi PN Selangor yang juga Calon Perikatan Nasional DUN Hulu Kelang, Datuk Seri Azmin Ali menyantuni dengan sebahagian penduduk kampung ketika singgah di Warung Kamal pada Program Menyantuni Penduduk di Kampung Klang Gate, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Mohamed Azmin menambah, sekiranya diberi mandat, beliau tidak mahu melihat Selangor berada ditakuk yang lama lagi dan mahu mengangkatnya menjadi sebuah ‘Super Smart City’.

Beliau menegaskan, ketika negara sedang berdepan kegawatan ekonomi sepatutnya kerajaan mengambil sikap untuk berbelanja dan bukan menabung atau pun menyimpan wang.

Ini kerana, ujar beliau, tidak ada maknanya pemimpin mendabik dada kononnya simpanan rizab mereka besar sedangkan rakyat tidak mendapat manfaat dan terus sengsara.

“Dua kali saya telah kemukakan belanjawan defisit pada tahun 2015 iaitu RM 450 juta…maknanya kita berbelanja lebih daripada pendapatan.

“Dalam kegawatan kita harus merancakkan aktiviti ekonomi supaya rakyat dapat manfaat, jadi kita kena belanja lebih daripada pendapatan, itu dibenarkan ketika berlakunya kegawatan.

“Daripada belanjawan defisit RM450 juta akhirnya kita mendapat surplus pada tahun itu iaitu RM230 juta, saya menggunakan pendekatan sama pada tahun berikutnya.

“Saya kemukakan belanjawan defisit RM630 juta tetapi pada bukan Oktober 2016 saya telah mencatatkan surplus RM351 juta, inilah langkah yang berhemah dan bertanggungjwab,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This