PRN: Turun mengundi, sampaikan mesej kepada kerajaan – Muhyiddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA pengundi di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini diseru supaya menjalankan hak dan tanggungjawab masing-masing sebagai isyarat kepada Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, walaupun keputusan di enam negeri itu tidak akan mengubah kedudukan Kerajaan Persekutuan, namun setidak-tidaknya ia merupakan referendum penting terhadap pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, Muhyiddin berkata, mesej yang boleh disampaikan melalui kotak undi nanti tentunya agak jelas.

“Walaupun bukan Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi mesej boleh rakyat sampaikan.

“Seruan saya sebagai pemimpin PN ialah untuk rakyat terutama orang Melayu untuk keluar mengundi kerana isu yang dihadapi ini bukan isu normal. Penentunya ialah pengundi.

“Kalau rakyat kecewa dan marah dengan langkah dibuat sekarang yang tidak menunjukkan apa-apa kesan, rakyat kena tunjukkan.

“Dalam ucapan saya di merata tempat termasuk di Selangor. Ya, kita nak menang di Selangor tapi penting undi itu beri isyarat pada kerajaan pimpinan Anwar bahawa kami pun tak puas hati dan tak suka dengan apa yang dia buat atau tak buat,” katanya baru-baru ini.

Baca artikel berkaitan: Manifesto Terengganu pada PRN lepas hampir 100 peratus dilaksanakan – Muhyiddin

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, keputusan di enam negeri itu nanti bakal menjadi begitu mendesak dan memberi impak langsung kepada kerajaan Pusat.

“Saya tak boleh nak sebutkan apakah mereka yang menyokong Anwar akan terus menyokong beliau untuk pertahankan kerajaan atau pun mereka akan buat keputusan sebaliknya.

“Itu boleh dianalisa maksud saya. Penting bukan sahaja untuk membentuk enam buah kerajaan negeri tapi mesej yang boleh kita sampaikan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This