Tidak setuju dengan saya tidak mengapa, tapi jangan fitnah – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak kisah dengan mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pendapatnya, namun meminta agar dirinya tidak difitnah.

Anwar mengakui dirinya bukanlah “Tok Guru”, justeru jika ada sebarang kesalahan, beliau terbuka untuk ditegur secara baik.

“Kita boleh berbeza pendapat tapi jagalah adab. Sokong PAS, tak apalah jangan gaduh, saya tak benci dia, itu hak dia,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Manir dan Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI di Manir dekat Kuala Terengganu, malam ini.

Katanya lagi, walaupun diuji dengan pelbagai kesulitan termasuk dipenjarakan, beliau tidak kisah dengan perkara yang sudah lepas itu dan memaafkan segalanya.

“Saya dalam hidup bukan senang, masuk keluar penjara hampir 11 tahun. Kena pukul setengah mati dalam lokap. Dimalu, diaib dan difitnah. Tapi saya kata takpa lah, saya maafkan.

Kita kena tau fitnah tak boleh… Allah uji dah, jadi Perdana Menteri nak zalim nak sakau tak guna. Sebab tu saya tak ambil gaji sebab saya malu orang susah ramai, nak cari makan pun susah,” katanya.

Dalam pada itu Anwar berkata pihaknya yakin bahawa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini akan memihak kepada gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional dan meminta rakyat memberi kerjasama sewajarnya kepada Kerajaan Perpaduan. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amaran hujan lebat, banjir di Thailand: Rakyat Malaysia disaran berwaspada

RAKYAT Malaysia yang berada atau merancang untuk berkunjung ke Thailand dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada susulan amaran risiko hujan lebat...

More Articles Like This