SEORANG lelaki parah selepas ditetak oleh bekas suami kekasihnya di kawasan bulatan berhampiran Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, kelmarin.
Video penuh klik link di bawah ⬇️
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, dalam kejadian pukul 9 malam, mangsa berusia 37 tahun mengalami luka di muka, tangan, kaki dan ibu jari kaki kanan hampir putus.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa bersama kekasihnya berusia 30 tahun sedang makan di dalam kereta.
“Secara tiba-tiba, tiga lelaki termasuk bekas suami menghampiri mangsa sebelum bertindak menyerang menggunakan sebilah kapak,” katanya memetik laporan Utusan Borneo.
Jelasnya, mangsa dan kekasihnya berjaya menyelamatkan diri dan menuju ke Balai Polis Alam Mesra.
Katanya, mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth bagi menerima rawatan sementara kekasihnya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mohd Zaidi berkata, motif kejadian dipercayai berpunca daripada cemburu.
“Polis kini giat mengesan bekas suami yang dikenali sebagai Winhal Jalali 37, Abdel Jalali 27, dan seorang lagi rakan suspek yang belum dikenal pasti,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

