Malaysia terima pelaburan RM5.2 bilion dari China dan Singapura – Fahmi

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan Malaysia memperoleh pelaburan sebanyak RM5.2 bilion dalam sektor ekonomi digital dari China dan Singapura.

Dalam hantaran di media sosial malam tadi beliau memaklumkan daripada jumlah itu pelaburan RM3 bilion diraih dari China manakala RM2.2 bilion diperoleh dari Singapura.

“Saya ingin mengumumkan berita baik. Malaysia telah raih komitmen pelaburan sebanyak RM5.2 bilion dari China dan Singapura,” katanya.

Baca artikel lain: Cuaca baik di hampir semua negeri terlibat PRN

Fahmi berkata untuk perbandingan, pelaburan dalam sektor ekonomi digital yang dibawa masuk oleh kementerian itu pada setengah tahun pertama 2022 adalah RM7.5 bilion manakala pada setengah tahun pertama 2023 adalah RM28.4 bilion.

“Ini bermakna, ada kenaikan sebanyak 279 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Insya-Allah Malaysia di landasan yang tepat!,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This