DATUK Ahmad Yakob disahkan tidak lagi mahu menggalas tugas sebagai Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sejak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lagi Ahmad sudah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding.
Namun begitu, katanya lagi, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang merasakan beliau perlu ada untuk memimpin parti.
“Tiada isu digugurkan kerana Ahmad Yakob memang sejak PRU-14 lagi meminta untuk tidak bertanding, namun presiden parti mahu beliau terus memimpin.
“Bagaimanapun, kali ini beliau minta secara bersungguh-sungguh dan presiden parti ambil maklum dengan mengambil kira faktor kesihatan dan usia,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Panji, hari ini.
Baca artikel lain: Malaysia terima pelaburan RM5.2 bilion dari China dan Singapura – Fahmi
Semalam, Pas dalam hantaran di Facebook rasminya mengucapkan, terima kasih kepada Ahmad dan Mohd Amar di atas sumbangan mereka terhadap negeri tersebut.
Katanya, pelbagai pencapaian telah digapai oleh kerajaan negeri hasil daripada sumbangan dua pemimpin berkenaan sepanjang 10 tahun perkhidmatan.
Kenyataan itu seperti mengiyakan kata-kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyatakan negeri itu akan menerima pemimpin baharu sekiranya memenangi PRN.
Katanya, Pas mahu mengemukakan gabungan kepemimpinan seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat, tertakluk kepada mandat rakyat serta perkenan Sultan Kelantan.
Selain itu, Pas memutuskan untuk mengekalkan Menteri Besar Terengganu dan Kedah, namun ia tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan kedua-dua negeri.
Katanya, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat yang dipengerusikan oleh Abdul Hadi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

