Peratusan rendah, Amirudin seru rakyat Selangor turun mengundi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyeru pengundi di Selangor untuk keluar menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Ia selepas jumlah peratusan keluar mengundi yang dilaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah hanya 36 peratus setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Menurut Amirudin, jumlah tersebut berkurangan kira-kira enam peratus berbanding angka pada tempoh sama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu.

“Saya seru kepada semua rakyat negeri Selangor yang mungkin baharu selesai bekerja setengah hari atau belum menunaikan tanggungjawab mengundi.

“Anda ada kira-kira lima jam lagi untuk menunaikan tanggungjawab. Turun mengundi demi kestabilan dan kemakmuran negeri Selangor,” katanya dalam video di Twitter hari ini.

Baca artikel berkaitan: 22 peratus sudah keluar mengundi di Terengganu, purata keseluruhan 19 peratus

Setakat 12 tengah hari tadi, SPR melaporkan sebanyak 36 peratus pengundi di Selangor telah selesai melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Peratusan tertinggi setakat pukul 12 tengah hari dicatatkan di Terengganu iaitu sebanyak 42 peratus.

Pada masa sama, Kedah pula merekodkan 42 peratus manakala Pulau Pinang sebanyak 38 peratus.

Jumlah keluar mengundi di Negeri Sembilan pula mencecah 35 peratus dengan peratusan di Kelantan mencatatkan kadar terendah iaitu 34 peratus.

Sementara itu, peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan 39 peratus pengundi telah menjalankan tanggungjawab untuk mengundi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This