SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang berangkat menjalani prosedur perubatan di luar negara selamat tiba di tanah air, hari ini.
Ketibaan Sultan Sharafuddin itu diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan disambut oleh Menteri Besar sementara, Datuk Seri Amirudin Shari.
Amirudin dalam hantaran di Facebook turut meluahkan rasa kesyukuran selepas urusan perubatan Sultan Selangor berjalan dengan baik dan lancar.
“Baginda turut kelihatan sihat dan ceria.
“Patik dan sekalian rakyat senantiasa mendoakan agar Tuanku berdua dilanjutkan usia dalam kesihatan yang baik, kesejahteraan dan keafiatan.
Baca artikel berkaitan: PH-BN pertimbang fail petisyen empat kerusi di Selangor
“Semoga Tuanku kekal qarar bersemayam di atas singgahsana takhta pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan jua. Daulat Tuanku,” kata Amirudin dalam hantaran tersebut.
Keberangkatan pulang Sultan Selangor itu bermakna istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar baharu Selangor dijangka berlangsung dalam masa terdekat.
Pada 26 Jun lalu, Sultan Sharafuddin memaklumkan bahawa baginda akan menjalani rawatan dan pembedahan pada 28 Julai.
Baginda ke London untuk menjalani rawatan dan pembedahan (surgery) Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP) yang diketuai oleh Dr Tev Aho.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

