SEORANG lelaki di bawah pengaruh dadah ditahan selepas bertindak mengacukan sebilah pisau terhadap seorang wanita di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, pukul 2.30 petang semalam.
Video penuh klik link di bawah ⬇️
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, laporan mengenai kejadian diterima daripada seorang wanita warga asing di Balai Polis Sei Petaling pada pukul 6 petang.
Beliau berkata, suspek seorang lelaki Cina telah ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian.
“Turut dirampas sebilah pisau lipat warna merah, sebuah telefon dan serpihan kaca.
“Pengadu mengalami kecederaan pada dada dan siasatan mendapati mangsa tidak mengenali suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau dadah dan enam rekod jenayah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

