Cekik, benam muka anak kembar autisme hingga mati, bapa dipenjara 14 tahun

Dari Penulis

SEORANG bapa dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh mahkamah Singapura selepas mengaku bersalah membunuh dua anak kembar autisme semalam.

Kejadian dilapor berlaku di sebuah kawasan taman permainan dekat Greenridge Crescent, Singapura, pada 21 Januari tahun lalu.

Memetik laporan The Straits Time, Xavier Yap Jung Houn, 50, bertindak mencekik dan membenamkan muka dua anak lelaki yang menghidap spektrum autisme kerana mahu meringankan beban isteri.

Malah, Xavier juga bimbang tiada siapa akan menjaga anak kembarnya yang dikenali sebagai Aston Yap Kai Ethan dan Ethan Yap E Chern setelah dia dan isteri meninggal dunia.

Difahamkan, selepas Xavier membunuh anaknya, dia cuba untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan menikam di bahagian perut, dada dan belakang badannya dengan pencungkil ais.

Xavier juga dikatakan cuba memukul kepalanya ke dahan pokok dan batu.

Xavier Yap dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap satu daripada dua pertuduhan.

Mengulas lanjut, Xavier melaksanakan rancangan membunuh dua anaknya itu pada 21 Januari 2022, dengan memandu mereka ke sebuah taman permainan di Greenridge Crescent, berdekatan kondominiumnya di Toh Tuck Road.

Dia membawa kembarnya bermain di taman permainan selama 10 minit sebelum membawa mereka ke sebuah parit berdekatan.

Aston Yap Kai Ethan dan Ethan Yap E Chern dibunuh bapa di kawasan parit dekat taman permainan Greenridge Crescent. GAMBAR: Asia One.

Xavier kemudian mengambil sebatang kayu dan menekankan kayu itu pada leher Ethan.

Apabila kayu itu patah, Xavier kemudian mencekik Ethan dengan menekan lengannya ke leher Ethan.

Setelah Ethan tidak lagi bergerak, dia meletakkan Ethan ke tanah dengan mukanya ditenggelamkan dalam parit.

Xavier kemudian beralih kepada Aston yang berdiri senyap beberapa meter semasa Ethan dicekik.

Dia cuba mencekik Aston dengan menekan lengannya di leher Aston tetapi Xavier tidak terdaya dan keduanya terjatuh.

Semasa Aston terbaring, Xavier terus mencekik anaknya dengan menekan leher lalu membenamkan muka Aston ke dalam parit.

Semasa pertuduhan di bacakan di mahkamah semalam, Xavier kelihatan merenung tanpa sebarang emosi.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa kembar itu disarankan supaya dimasukkan ke sekolah khas rentetan keadaan austisme itu.

Bagaimanapun, ibu kepada anak kembar itu tidak dapat menerima keadaan yang dialami anak kembarnya dan memasukkan mereka ke sekolah biasa meskipun kembarnya belum boleh bercakap.

Menurut Xavier, dengan kehilangan dua kembarnya itu, dia percayai bahawa isterinya boleh meneruskan kehidupan dengan ‘cinta baharu’.

Xavier, yang diwakili oleh Patrick Nai, Choo Si Sen dan Choo Yean Lin dari Tan Lee & Partners dan Muhammad Razeen Sayed Majunoon dari Advance Law, juga mendakwa dalam surat bahawa isterinya tidak bersedih dengan kematian kedua anak lelakinya, kerana isterinya mula membawa kekasihnya untuk tinggal di rumah mereka.

Difahamkan, pasangan itu kini sedang menjalani prosiding penceraian.

Hakim Vincent Hoong menyatakan, bapa kepada kembar itu mengalami kemurungan setelah membunuh dua anak lelakinya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MARA perluas warden bekas tentera ke semua MRSM – Asyraf Wajdi

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan pengambilan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua 58 Maktab...

More Articles Like This