PM ajar lafaz kalimah syahadah kepada saudara baharu

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan, mengajar ucapan kalimah syahadah kepada seorang lelaki yang memeluk Islam, hari ini.

Saat istimewa itu dilaporkan berlaku di Masjid Ar-Rahimiah, Klang selepas Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di sekitar kawasan itu.

Astro Awani melaporkan, lelaki warganegara berusia 27 tahun itu dikenali sebagai Muhamad Anwar Karthiban selepas memeluk Islam.

Terdahulu, kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat Jumaat bersama Anwar dan mengambil peluang untuk bergambar bersama.

Selesai bersolat, Anwar bersalaman dengan jemaah yang hadir selama 15 minit sebelum beredar dari masjid kira-kira pukul 2.24 petang.

Turut hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This