KEBERANIAN kepimpinan Pemuda UMNO hari ini dipercayai mampu untuk membawa parti keramat orang Melayu itu kembali bangkit.
Keyakinan berkenaan disuarakan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena genap 74 tahun Pemuda UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.
Jelasnya, karier politik beliau bermula dengan Pemuda UMNO yang mengajar tentang idealisme dan membina jati diri untuk melangkah satu demi satu anak tangga sehingga ke puncak tertinggi meneraju pentadbiran negara.
“Pemuda sifatnya berani. Tidak takut menyatakan pendirian atas kepentingan parti dan rakyat.
“Pemuda juga mempunyai tanggungjawab yang amat berat untuk memastikan idealisme UMNO tidak tercemar dan sentiasa diminati oleh anak muda.
“Saya percaya dengan keberanian kepemimpinan pemuda hari ini mampu untuk membawa parti bangkit kembali,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Gaji minimum kekal di bawah dasar sistem gaji progresif – Sivakumar
Dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos lalu, Barisan Nasional (BN)-UMNO mengalami kekalahan teruk apabila hanya memenangi 19 kerusi daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.
Di Kedah dan Terengganu, BN gagal memperoleh walau satu kerusi dan di Selangor dan Pulau Pinang, parti itu hanya menang dua kerusi sementara di Kelantan satu kerusi.
BN juga cuma memperolehi 14 dari 17 kerusi yang dipertaruhkan di Negeri Sembilan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

