Rafizi perlu berjiwa besar, kata Ahmad Samsuri

Dari Penulis

MENTERI Ekonomi Rafizi Ramli perlu berjiwa besar dalam menguruskan hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Tanpa perlu merasa diri besar beliau menegaskan, Rafizi juga perlu terbuka mendengar pandangan orang lain walaupun mempunyai pandangan yang hebat.

“Pandangan kita walau hebat macamana pun, ada kalanya kena berpijak di alam nyata. Tidak rugi untuk duduk mendengar pandangan rakyat di bawah,” katanya di Facebook.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi mengenai kurangnya pelan ekonomi di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis yang kini ditadbir
Perikatan Nasional (PN).

Rafizi berkata, walaupun Putrajaya memberi tumpuan kepada kepada Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis dari segi peruntukan pembangunan, tetapi negeri itu tidak ada sebarang pelan untuk ekonomi, dan meminta lebih peruntukan lagi.

Samsuri yang juga Naib Presiden Pas menyifatkan isu yang dibangkitkan oleh Menteri Ekonomi adalah umpama “mengail ikan tetapi mata kail di kaki sendiri” atau disebut sebagai “shooting your own foot” dalam bahasa yang lain.

Mengulas lanjut beliau mengingatkan, semua hasil yang diperolehi dan dikumpulkan oleh negara adalah diperolehi dari semua rakyat dan semua negeri.

“Setiap rakyat ada bayar cukai, tak kira apa nama atau jenis cukainya. Hasil dari negeri diangkut ke Persekutuan, dalam bentuk yang dipersetujui bersama dan bukannya rampasan.

“Maka semua negeri-negeri ada harga diri dan peranannya, kerana yang bernama Malaysia adalah dibina dari semua negeri-negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Samsuri menekankan keperluan untuk membina hubungan yang lebih harmoni antara Putrajaya dan kerajaan negeri dengan semangat federalisme yang mengukuh terutama selepas PRN enam negeri dijalankan.

Menurutnya, sekiranya Rafizi marahkan penduduk Terengganu kerana memilih Pas, beliau sedia menjadi sasaran kemarahan itu.

“Jika ada YB Menteri yang marahkan rakyat Negeri Terengganu kerana memilih kami dalam pilihan raya baru ini, biarlah saya jadi galang ganti untuk dimarahi. Jangan dera rakyat kerana pilihan mereka,” tambahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This