PRK di Johor: Ahli UMNO masih keliru, wakil parti tidak bertanding – Khaled

Dari Penulis

UMNO Johor mengaku ramai dalam kalangan pengundi yang sebelum ini menyokong parti itu kini keliru untuk membuat pilihan berikutan ketiadaan wakil UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertanding dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung di negeri itu.

Justeru, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua jentera parti perlu memainkan peranan untuk memperjelaskan kepada pengundi, sekali gus mengelak mereka terus terkeliru.

Memetik laporan BH Online, beliau berkata, ramai pengundi yang dulu sokong BN tercari-cari calon parti itu yang tidak bertanding dan memikirkan ke mana hala tujunya pendirian parti.

“Yang ini kita sedang uruskan sekarang dengan memberi kefahaman kepada mereka dan memastikan mereka tidak keliru lagi. Kita takut pada hari pengundian, ada kalangan mereka nanti tercari-cari lambang BN.

“Dalam keadaan sedemikian, jentera BN sama ada di Parlimen Pulai atau Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram perlu berusaha mencari mereka seramai mungkin,” katanya ketika ditemui selepas tinjauan mesra di Taman Jeram Mulia, Muar, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata, setakat ini sebahagian penyokong dan ahli parti yang ditemui memberi jaminan untuk bersama dengan parti yang disokong BN.

Katanya, penting untuk jentera memperjelas bahawa calon yang diangkat di kedua-dua PRK ini adalah calon mewakili Kerajaan Perpaduan dan beliau percaya pengundi di Pulai dan Simpang Jeram memahami konsep ini.

Dalam pada, Mohamed Khaled mengingatkan penyokong dan ahli UMNO supaya tidak terpengaruh taktik dimainkan pembangkang yang mendakwa kebanyakan mereka sudah beralih undi kepada gabungan itu.

“Di Simpang Jeram kita ada kelebihan kerana calon kita ada anak tempatan, pernah berkhidmat dengan pihak berkuasa tempatan. Malah, kebanyakan pengundi di sini mengenalinya.

“Dalam lawatan rumah ke rumah saya melihat pengalaman dan hubungan calon kita dengan banyak jabatan di Muar dan mampu menyelesaikan masalah rakyat di kawasan ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This