Pengundi Pulai perlu keluar mengundi pastikan kedudukan 2/3 Kerajaan Perpaduan – Amirudin

Dari Penulis

PENGUNDI Pulai boleh membantu menjamin kedudukan dua pertiga Kerajaan Perpaduan di Parlimen dengan memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen di kawasan itu kali ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari berkata, penduduk Pulai diingatkan untuk mengambil pengajaran yang berlaku di Selangor apabila kehilangan majoriti dua pertiga berikutan peratusan keluar mengundi tidak cukup tinggi, kerana rakyat terlalu yakin boleh menang.

Katanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan lalu, Selangor merekodkan peratusan keluar mengundi kira-kira 71 peratus, manakala pengundi masyarakat Cina yang melaksanakan tanggungjawab itu hanya 61 peratus.

“Angka ini menyebabkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kehilangan empat kerusi dengan majoriti yang sangat tipis seterusnya tidak mendapat dua pertiga setelah menang 34 daripada 56 kerusi dipertandingkan.

“Kerusi yang tewas dengan majoriti tipis di bawah 1,000 undi itu membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil dengan 400 undi, Taman Medan (30 undi), Gombak Setia (58 undi) dan Sungai Kandis (167 undi).

“Saya tahu ramai yang katakan PH-BN ada peluang besar menang di Pulai, tetapi saya juga harap kita tidak terlalu selesa. Jika berpandangan seperti itu, akan jadi macam apa yang berlaku di Selangor,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perpaduan Pulai di Bukit Indah, di Johor Bahru malam tadi.

Yang turut hadir ialah Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong; Pengarah Komunikasi Parti AMANAH, Khalid Abdul Samad dan Timbalan Speaker DUN Johor, Datuk Samsolbari Jamali.

BERITA BERKAITAN PRK: Kemenangan PN di Pulai mampu nafikan majoriti dua pertiga kerajaan

Pada PRN lalu, Amirudin berkata, ramai berpandangan Selangor pasti menang dan apabila terlalu yakin, ramai yang tidak turun mengundi.

Katanya perlu diingat, setiap undi adalah bermakna dan bernilai.

“Jika peratusan keluar mengundi naik sebanyak 0.5 peratus lagi, kita boleh menang empat kerusi ini dan sahkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Negeri, tapi perkara sudah berlaku.

“Jadinya, pengundi di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram ingatkan rakan-rakan ini adalah untuk negara dan masa depan kita, pemulihan negara sedang dilakukan dan saya jamin Kerajaan Perpaduan kekal sampai habis penggal.

“Di Selangor lebih 60 peratus rakyat menyokong Kerajaan Perpaduan dan menyekat berlakunya gelombang yang dicanang Perikatan Nasional (PN) dan perkara ini perlu diteruskan di Parlimen Pulai ini,” katanya.

Selain itu, Amirudin juga meminta pengundi di Parlimen Pulai terus memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dan menghentikan impian pembangkang untuk menjadikan Pulai sebagai tapak untuk cipta gelombang baharu.

“Pengundi perlu kekalkan kerusi ini (kepada PH-BN), majoriti dua pertiga ini membolehkan kerajaan lebih seimbang, sokonglah kepada Kerajaan Perpaduan dan kekalkan Pulai sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang berjasa besar,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hakim tak sihat, keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai

KEPUTUSAN rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung empat pertuduhan kes pecah...

More Articles Like This