KEMENANGAN Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai akan menafikan majoriti dua pertiga milik Kerajaan Perpaduan.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara ini ini penting agar kerajaan tidak dapat meminda Perlembagaan Persekutuan sewenang-wenangnya.
Katanya lagi, antara kebimbangan PN ialah persempadanan semula kawasan pilihan raya daripada 222 kerusi Parlimen ketika ini menjadi 300 kerusi.
“Kalau PN menang di Parlimen Pulai pada 9 September ini, ia akan menafikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, seterusnya memberi kesan besar dalam soal pindaan Perlembagaan.
“Satu yang kita agak gusar ialah soal persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan berlaku dalam tempoh penggal ini.
“Kalau mereka merancang membuat sesuatu tetapi tidak memberi keuntungan kepada pengundi khususnya orang Melayu, ini sesuatu yang akan membawa kesan tidak baik kepada masa depan orang Melayu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Pertahankan mandat PH di Pulai, Simpang Jeram – Bung Moktar
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sesi dialog bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Johor di Kempas, hari ini.
Hadir sama Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau; Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal; Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali dan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Zai Mustapha.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, gerak kerja jentera PN bagi PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram berjalan lancar memasuki minggu kedua kempen.
“Saya yakin pengundi akan terus memberi sokongan kepada calon PN, iaitu Zulkifli Jaafar di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Dr Mohd Mazri Yahya,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

