Pembinaan poliklinik, parkir bertingkat HSA demi keselesaan pengguna

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMBINAAN poliklinik dan parkir bertingkat baharu yang akan dilaksanakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru bakal memberi keselesaan dan kemudahan kepada pengguna.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, HSA merupakan antara hospital awam paling sibuk di Malaysia.

Menurut beliau, statistik menunjukkan hospital tersebut menerima 2,134 orang pesakit luar dan 460 orang pesakit di wad kecemasan setiap hari.

Onn Hafiz berkata, keadaan itu telah menyebabkan HSA menghadapi cabaran keadaan yang padat dan sesak.

“Syukur Alhamdulillah, Perdana Menteri telah meluluskan RM500 juta untuk menaik taraf HSA, Johor Bahru.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan lulus peruntukan RM500 juta projek infrastruktur HSA – PM

“Terima kasih Perdana Menteri di atas kelulusan ini.

“Insya-Allah, poliklinik dan tempat letak kenderaan bertingkat akan dilaksanakan bagi keselesaan dan kemudahan pengguna,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Semalam, Anwar meluluskan peruntukan segera RM500 juta bagi projek pembangunan fasa pertama infrastruktur di HSA, Johor Bahru.

Beliau berkata, projek berkenaan merangkumi pembinaan parkir bertingkat serta pembinaan beberapa blok bertingkat baharu di HSA.

Katanya bagi fasa pertama projek itu, pembinaan parkir bertingkat akan dilaksanakan segera dengan proses pembinaan mesti dilakukan bermula tahun ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This