Proses rakam keterangan Abdul Hadi baik, berlangsung sejam

Dari Penulis

PROSES merakam keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan kenyataan didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan baru-baru ini berlangsung dengan lancar dan baik.

Keterangan Abdul Hadi telah direkodkan di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Setiausaha Politik Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman memaklumkan, pihak polis telah menjalankan proses tersebut kira-kira satu jam berakhir pukul 12.30 tengah hari tadi.

Menurut Mohd Syahir, proses tersebut telah dilaksanakan pegawai penyiasat berpangkat Asisten Superintendan daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Beliau berkata, Abdul Hadi telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

“Tuan Guru (Abdul Hadi) berikan sepenuh kerjasama, memberikan keterangan hampir satu jam dan telah pun selesai menjawab semua soalan yang dikehendaki oleh pihak polis,” katanya seperti dilapor BH Online.

Baca artikel berkaitan: Polis rakam keterangan Abdul Hadi pagi ini

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis akan merakam keterangan Abdul Hadi hari ini.

Sebelum ini, polis menangguhkan janji temu untuk merakam keterangan Abdul Hadi selepas dimaklumkan beliau berada dalam keadaan uzur dan meminta proses berkenaan ditangguhkan.

Proses rakam keterangan ke atasnya susulan siasatan polis berkait kenyataan beliau yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di Bakri, Muar minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan dibuka mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sebelum ini, Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok mengesahkan, Abdul Hadi dipanggil Bukit Aman membabitkan ucapan beliau dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) di Simpang Jeram, Muar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This