KERAJAAN akan menambah siling Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kepada RM415 bilion berbanding yang diluluskan sebelum ini iaitu sebanyak RM400 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan ini untuk membiayai bidang keutamaan di samping memperbaiki mutu pengurusan dan menyasarkan semula subsidi bagi menampung keperluan asas rakyat.
“RMK12 memperuntukkan RM400 bilion bagi membiayai projek pembangunan sambungan dan baharu untuk tempoh lima tahun. Bagi tempoh dua tahun yang pertama, prestasi perbelanjaan sebenar ialah 34 peratus.
“Pada tahun 2021, jumlah perbelanjaan pembangunan hanyalah sebanyak RM64.3 bilion, sementara pada tahun 2022 jumlahnya adalah sebanyak RM71.6 bilion.
“RMK12 akan dijajarkan semula dengan visi Ekonomi MADANI, yang menyasarkan pemerkasaan dan merancakkan ekonomi negara untuk tempoh 10 tahun.
“Justeru, kerajaan komited untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun bagi tahun 2023 hingga 2025,” katanya di Parlimen ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 2021-2025, hari ini.
Baca artikel lain: Dewan Rakyat rakam takziah, bertafakur pemergian Salahuddin Ayub
Perdana Menteri menambah, KSP RMK12 akan menyemak semula dasar, strategi dan sasaran kerajaan secara menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai aspek.
Jelasnya, ini termasuklah kesenjangan pembangunan kota, desa dan pedalaman serta golongan miskin dan kaya yang masih wujud, hutang yang membengkak, ruang fiskal terhad serta peralihan struktur ekonomi yang perlahan.
“Anjakan baru bermula dengan menoktahkan kemiskinan tegar, menyelesaikan masalah asas prasarana dan keperluan asas rakyat termasuk memperbaiki sekolah dan klinik daif, menjamin bekalan air bersih serta meneraju ekonomi Islam.
“Dalam bidang menoktahkan kemiskinan tegar, insya-Allah kita akan berhasil menempa kejayaan yang bermakna sebelum akhir tahun ini,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

