AKAR umbi UMNO mahu parti keramat itu kembali ke perjuangan asalnya iaitu mempertahankan hak-hak orang Melayu dan bukannya mengikut telunjuk DAP
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menegaskan, akar umbi menolak agenda Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP selama ini.
“Jika mahu tahu secara tepat apa yang akar umbi UMNO mahu, YB boleh minta kepada kawan-kawan pro-DAP YB dalam UMNO untuk buat referendum dan tanya 3 juta akar umbi UMNO.
“Ini adalah isu asas perjuangan iaitu sama ada mempertahankan hak orang Melayu atau menyambut Malaysian Malaysia DAP.
“Dalam isu ini tidak boleh dukung keduanya sebab ia amat bertentangan. Bila ada perubahan kepada asas perjuangan perlu ada referendum supaya asas tidak menyimpang.
“Dan dengan ini barulah kita tahu pandangan mana yang sebenarnya mewakili parti,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: PM utus takziah pemergian Raymond Goh
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyifatkan, cadangan Isham supaya UMNO bertanding sendiri dalam pilihan raya tanpa Pakatan Harapan (PH) hanyalah pendapat peribadi.
Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, cadangan Isham itu bukanlah pendirian rasmi parti berkenaan.
“Itu Isham Jalil yang cakap, bukan UMNO yang cakap…dia tidak mewakili UMNO, dia hanya salah seorang pemimpin sahaja,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

