Pertikaian China-AS, Malaysia perlu berkecuali – PM

Dari Penulis

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia perlu bersikap berkecuali sebagai negara berdaulat dan tidak sepatutnya dipaksa memihak dalam pertikaian yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Bercakap pada Sidang Kemuncak Asia Milken Institute 2023 di Singapura hari ini, Perdana Menteri mahu Malaysia mengekalkan hubungan rapat dengan AS dan China, selaras dasar semasa ASEAN.

“Ideanya ialah anda perlu memilih untuk memihak kepada China atau AS. Tidak, mengapa kita harus menanggung akibat dan diberitahu apa yang perlu dilakukan? Maksud saya, kita mesti bebas sebagai negara merdeka,” katanya pada sesi khas bertajuk ‘Bicara Bersama Perdana Menteri Malaysia,’ yang disiarkan secara langsung secara dalam talian.

Ditanya sama ada negara anggota ASEAN lain akan ketinggalan berbanding Vietnam yang semakin akrab dengan AS berikutan kesediaannya memihak kepada AS, Anwar menangkis kebimbangan itu.

Beliau menegaskan hubungan Malaysia bersama pentadbiran, pelabur dan syarikat AS kekal kukuh.

“Saya tidak nampak banyak masalah dengannya. Presiden Joe Biden memilih untuk melawat Vietnam, dan itu bagus untuk Vietnam selepas mengharungi pelbagai kesengsaraan pada masa silam. Sudah tiba masanya AS memberi perhatian tambahan kepada Vietnam. Saya tiada masalah dengan itu,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Kurangkan subsidi kepada golongan kaya sebelum perkenal semula GST – PM

Mengikut laporan media, AS dan Vietnam dikatakan bersetuju meningkatkan hubungan kepada ‘perkongsian strategik komprehensif’, iaitu tahap diplomatik tertinggi rantau Asia Tenggara setanding yang dimiliki bersama China, Russia, India dan Korea Selatan.

Pada masa sama, Anwar melahirkan kebimbangan mengenai perseteruan AS-China dan berpandangan ASEAN perlu berunding dengan kedua-dua negara kuasa besar itu serta merayu mereka untuk mengurangkan ketegangan yang menjejaskan negara rantau ini.

Pada Sidang Kemuncak ASEAN di Jakarta baru-baru ini, Perdana Menteri berkata, gagasan 10 negara anggota itu meminta China dan AS supaya mengurangkan ketegangan di Laut China Selatan.

“Saya sebutkan isu Laut China Selatan di hadapan Perdana Menteri China, Li Qiang, dan beliau memberi maklum balas amat positif sambil memberi jaminan untuk menghormati hak negara (Asia Tenggara) serta kesediaan berunding dan meneruskan perbincangan secara efektif.

“Kami juga merayu kepada Naib Presiden AS (Kamala Harris) untuk cuba mengurangkan ketegangan ini kerana ia menjejaskan negara ASEAN,” katanya.

Mengenai tanggapan bahawa Presiden Biden dan Presiden Xi Jinping tidak begitu memberi perhatian kepada ASEAN dengan hanya menghantar wakil berikutan kebanyakan negara anggota tidak bersedia untuk berpihak, Anwar berkata, dunia memerlukan ASEAN untuk kekal berkecuali.

“ASEAN mesti mengekalkan pemusatan sebagai teras dasar luarnya, untuk terus mengadakan libat urus berkesan dengan China dan Amerika Syarikat,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MIPP tetapkan hala tuju lepas mesyuarat MT PN

PARTI Rakyat India Malaysia (MIPP) akan membuat sebarang keputusan berkaitan hala tuju politik parti itu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi...

More Articles Like This