TIGA lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah kuil dekat Alma, Bukit Mertajam pada 12.05 malam kelmarin.
Video penuh klik link di bawah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika orang ramai sedang menyambut upacara keagamaan di kuil berkenaan.
“Sekumpulan lelaki tempatan telah bergaduh antara satu sama lain dengan menggunakan tangan dan kerusi.
“Punca pergaduhan bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ni.
Jelasnya, anggota polis yang berada di kawasan kuil tersebut bagi tugas jaga aman telah menahan tiga lelaki berusia 21 hingga 25 tahun bagi membantu siasatan.
Katanya, ketiga-tiga suspek direman selama empat hari sehingga Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

