SPR mesyuarat Isnin depan bincang tarikh PRK DUN Jepak

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin depan, 25 September ini bagi membincangkan tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di Sarawak.

Ia susulan kekosongan luar jangka kerusi DUN Jepak ekoran pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip, Jumaat lalu.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Jepak daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar, hari ini.

Justeru, kata beliau, selaras dengan Artikel 21(5) Perlembagaan Negeri Sarawak yang memperuntukkan kekosongan luar jangka kerusi tersebut perlu diisi dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan dipastikan SPR.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 25 September 2023 iaitu Isnin depan.

“Mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh di mana tarikh-tarikh penting PRK bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan.

Baca artikel berkaitan: ADUN Jepak, Talip Zulpilip meninggal dunia

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Talib, 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Kuching akibat komplikasi kesihatan pada 5.50 petang, Jumaat lalu.

Kematian bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti dan Ombudsman) itu disahkan oleh anak Talib.

Allahyarham yang menjadi ADUN Jepak selama enam penggal meninggal dunia dua hari selepas sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-72 iaitu pada 13 September.

Talib yang lahir pada 13 September 1951 meninggalkan seorang balu, Datin Dr Zaliha Abdullah, empat anak dan empat cucu.

Allahyarham juga merupakan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan telah menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) bermula 2017 sehingga 2022.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya tidak pernah U-turn, pendirian tetap sama isu PTPTN, kata Adam Adli

"Saya tidak pernah rasa saya berubah pandangan, buat U-turn dan sebagainya. Saya keras dengan pandangan saya." Demikian penegasan Timbalan Menteri...

More Articles Like This