Kemalangan babit orang awam dan polis di Mualim video lama

Dari Penulis

Video tular yang membabitkan sebuah motosikal awam melanggar motosikal anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berlaku pada 26 April lepas dan kejadian itu tidak disengajakan.

Ketua Polis Daerah Mualim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir dalam kenyataan berkata dua anggota URB pada hari kejadian menghala ke perkampungan Orang Asli Pos Bersih, Slim Village setelah menerima satu laporan kemalangan.

“Semasa dalam perjalanan, anggota URB telah bertanyakan lokasi sebenar kemalangan kepada sekumpulan penduduk tempatan dan ketika menghala ke tempat kejadian, sebuah motosikal yang ditunggang oleh orang kampung yang mengekori rapat dengan tidak sengaja telah melanggar bahagian belakang motosikal anggota URB,” katanya.

Beliau berkata perlanggaran itu tidak menyebabkan apa-apa kerosakan dan telah diselesaikan secara baik, justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan persepsi negatif terhadap polis yang boleh menjejaskan imej pasukan itu.

Semalam, satu video durasi pendek tular menerusi media sosial dengan status “di saat rakyat dianiaya oleh pemimpin negara” dan “izinkan kami langgar apa yang ada depan mata” telah mendapat banyak komen negatif daripada netizen.

— BERNAMA

Tuesday , 19 September 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This