SEORANG abang tiri ditahan selepas dipercayai membiarkan adiknya berusia empat tahun lemas di dalam kolam renang dekat sebuah apartmen di Bangi, 13 September lalu.
Video penuh klik link di ⬇️
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pegawai perubatan pada 12.52 tengah hari, hari berikutnya.
Beliau berkata, kanak-kanak perempuan itu telah dibawa ke Hospital Serdang dengan menaiki ambulan dari sebuah kilinik di Bandar Sri Putra, Bangi dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 3 petang.
“Mangsa dikatakan telah lemas ketika mandi di dalam kolam renang.
“Setelah menerima rawatan, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 1.11 petang dan kes awal diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, rakaman kamera litar tertutup baru dapat diakses kelmarin selepas terdapat masalah teknikal sebelumnya.
Katanya, hasil penelitian mendapati ketika kejadian dapat dilihat kelibat disyaki abang tiri mangsa berada di tepi kolam renang sedang leka melakukan sesuatu sambil melihat mangsa yang sedang lemas.
“Abang tiri mangsa dilihat tidak melakukan sebarang bantuan untuk menyelamatkan mangsa.
“Bertindak atas maklumat, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

