POLIS mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang didakwa memukul seorang wanita.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, pihaknya terkesan satu video berdurasi 1 minit 26 saat yang dimuat naik di laman Instagram semalam.
Katanya, hantaran itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi, tarikh dan tempat kejadian.
“Hasil semakan mendapati anggota tersebut bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor dan sedang bercuti sakit kerana lumpuh separuh badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, siasatan juga mendapati video tersebut merupakan kejadian lama dan ditularkan kembali.
“Polis masih menjalankan siasatan memandangkan tiada laporan yang diterima berhubung kejadian itu,” ujarnya.
Sasikala berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutamanya melibatkan polis Selangor.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

