MESYUARAT Kabinet esok akan membincangkan kesemua masalah berbangkit yang melibatkan bekalan beras yang ada di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, Kabinet bukan sahaja berbincang malah mencari jalan bagi menangani isu berkenaan.
“Saya nak lihat agenda (mesyuarat Kabinet terlebih dulu), tetapi saya akan kemukakan perkara baharu yang berlaku (berkaitan isu beras) yang saya akan sampaikan dalam Kabinet,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Pengairan dan Saliran Malaysia Ke-25, hari ini.
Baca artikel lain: Mahkamah batal kemenangan Che Alias di Parlimen Kemaman
Mohamad turut mengingatkan, semua pihak supaya tidak gopoh mengeluarkan kenyataan dan cadangan supaya melarang penjualan beras putih tempatan (BPT) kepada warga asing.
Katanya, isu terbabit tidak seharusnya dibangkitkan kerana ia membabitkan hak kemanusiaan.
“Bagi saya ini soal kemanusiaan, mereka juga perlu makan dan dalam suasana begini, jangan kita gopoh (keluar cadangan) sebab kalau rakyat kita berada di luar negara dan mereka tidak dibenarkan membeli beras yang murah, kita juga akan terasa.
“Ini soal hak asasi manusia dan saya rasa mereka perlu terus diberi izin untuk membeli beras di negara ini, termasuk beras tempatan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

