Muhammad Azeem mara ke peringkat akhir 100 meter Sukan Asia

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi melakar sejarah apabila mara ke peringkat akhir 100 meter (m) di Sukan Asia Hangzhou, hari ini.

Muhammad Azeem mencatatkan masa kedua terpantas 10.17 saat (s) pada saringan separuh akhir pertama di belakang Lalu Mohamad Zohri dari Indonesia yang merekodkan 10.12s untuk layak secara automatik di peringkat akhir.

Acara akhir 100m itu dijadualkan berlangsung pada jam 9.55 malam ini.

Baca artikel lain: PRK Pelangai: PH Pahang bantu tarik pengundi luar pulang mengundi

Terdahulu, raja pecut berusia 19 tahun itu mara ke peringkat separuh akhir selepas mengungguli saringan ketiga dengan 10.28s, mengatasi juara Asia 2017 Hassan Taftian dari Iran (10.42s).

Pemegang rekod kebangsaan dengan 10.09s itu menduduki tempat kesembilan keseluruhan, dengan wakil tuan rumah Xie Zhenye (10.07s), Pusipol Boonson dari Thailand (10.13s) dan Lalu Muhammad Zohri dari Indonesia (10.22s) berada di tiga terbaik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This