Selangor tidak minat teroka REE – Amirudin

Dari Penulis

SELANGOR tidak berminat untuk meneroka unsur nadir bumi (REE) sebagai sumber pendapatan baharu meskipun kerajaan negeri dimaklumkan bahan mineral itu terdapat di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata walaupun Kerajaan Persekutuan kini membenarkan kerajaan negeri membuat penerokaan awal REE, kerajaan Selangor konsisten dengan keputusan sama yang dibuat sejak 2017 dan masih belum berminat untuk tujuan sedemikian.

“Kita belum ada minat dan niat untuk teroka REE tetapi SOP (prosedur operasi standard) tetap kena buat kalau nak teroka, kalau ada cubaan (untuk meneroka REE) kita akan ambil tindakan sewajarnya,”katanya pada sidang media hari ini.

Baca artikel lain: Malaysia harap negara pengeksport beras dalam ASEAN utamakan anggota

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini dilaporkan berkata kebenaran untuk kerajaan negeri membuat penerokaan awal REE, berdasarkan SOP sedia ada untuk perlombongan nadir bumi dan mineral diputuskan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) yang berlangsung semalam.

Sementara itu, Amirudin berkata Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor dan pembentangan Belanjawan 2024 negeri itu dijangka diadakan pada pertengahan November ini, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This